Sunday, October 18, 2009

Apa Itu PRSP??

PENGENALAN PRSP






Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu malaysia.

Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP) PTSS adalah satu Kelab dibawah naugan Unit Kaunseling Dan Kerjaya Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Tujuan Kelab PRSP ini ditubuhkan adalah untuk menjadi kaki dan tangan Pegawai Kaunseling dalam menyelesaikan/membantu masalah yang dihadapi oleh Para pelajar PTSS.

ORGANISASI

Kelab Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP) PTSS mempunyai organisasinya yang tersendiri untuk memantapkan lagi kelab ini dan memastikan semua program yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan jayanya.

Pada semester ini iaitu Sesi Julai 2009, Kelab PRSP ini dipimpin oleh SHAHIFULIZAN BIN AZMAN SHAH iaitu sebagai President PRSP. Didalam organisasi ini, terdapat beberapa biro-biro dan wakil-wakil jabatan yang ditubuhkan untuk membantu beliau bersama-sama mengorak langkah menuju kejayaan. Antara Majlis Tertinggi (MT) dibawah kepimpinan beliau ialah Naik President 1 MOHD FAIZ'IZZUDIN BIN ZAMURI, Naik President 2 MOHD FANDI BIN SUKRI, Setiausaha ANNURAIN BINTI HJ ABU dan Bendahari NORHIDAYU FARHANA BINTI ABDUL MUTALIB

No comments:

Post a Comment